Wednesday 4 January 2012

PERKAMA


PERKAMA COUNSELING CENTER ditubuhkan pada 2011, yang merupakan perkhidmatan bersekutu kepada PERKAMA International (Persatuan Kaunseling Antarabangsa Malaysia); merupakan pemberi khidmat komuniti kaunseling terbesar di Malaysia. Kami adalah ahli kepada PERKAMA International dan semua kaunselor kami berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di bawah Akta Kaunselor 1998 yang memberi perkhidmatan pelbagai jenis kaunseling kepada komuniti. Kami percaya bahawa perkhidmatan kaunseling dapat membantu individu dan masyarakat berkembang ke arah penyempurnaan diri yang berbeza daripada sebelumnya. Perkhidmatan kaunseling yang diberi oleh kami berteraskan kepada pendekatan psychodynamic yang berasaskan events dan perhubungan daripada perkara lepas yang memberi kesan kepada perasaan dan perhubungan pada masa kini. Berdasarkan perkhidmatan kami yang lepas dan kini, kami yakin perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak kami mampu memberi kesan yang baik kepada semua pelanggan.

Kami juga komited dalam membina dan meningkatkan keyakinan semua kaunselor di Malaysia menerusi perkhidmatan pembangunan professional kaunseling sepanjang hayat dan berterusan. Perkhidmatan kami termasuk pelbagai program peningkatan diri, motivasi, pengenalan kepada kemahiran asas kaunseling dan pelbagai ilmu baru kaunseling yang mendapat pengiktirafan perlaksaan oleh PERKAMA Interntional. Kami juga menawar dan menjalankan pelbagai kursus, bengkel dan seminar yang membolehkan dikira sebagai Kursus Pembangunan Profesional (CPD).

MISI
Misi kami adalah untuk memberi perkhidmatan berkualiti berkaitan bidang dan ilmu kaunseling kepada seluruh komuniti. Matlamat kami untuk memberi sokongan kepada semua pelanggan yang memerlukan pertolongan berkaitan emosi atau isu-isu psikologi yang memberi kesan ke atas kehidupan mereka. Kami menawarkan perhubungan terapeutik; dan memberi pertolongan untuk membantu individu memahami dan melakukan perubahan ke arah yang berkualiti antara perhubungan pelanggan dan antara pelbagai komuniti. Perkhidmatan berteraskan kepada suasana tempat selamat dan persekitaran kerahsian yang terkandung dalam etika kaunselor bersandarkan kepada Etika PERKAMA International dan Akta Kaunselor 580, 1998 sebagai etika kerja.
Copyright 2012 © Design by PERKAMA International